TIPS USAHAWAN



BAB1-TIPS USAHAWAN PLM


BAGAIMANA BERMULA

         Sekali lagi TAHNIAH kerana telah menyertai kami di PLM.  BAGAIMANA nak bermula? Bagi anda yang telah berpengalaman di dalam dunia MLM rasanya tidak sukar untuk memulakan biz ini dan sebagai ulangkaji,manakala yang baharu untuk melibatkan diri kami akan melatih anda secara asas dan dengan cara mudah melalui BLOG ini. Laku dan amal  KONSEP 5M.Insyallah dengan IZIN ALLAH pasti BERJAYA Konsep 5M yang harus difahami dan diamalkan seperti berikut:

            -MENGGUNA

            -MENJUAL

            -MENAJA

            -MEMBERI PERKHIDMATAN

            -MESYUARAT/PERJUMPAAN

STEP 1-MENGGUNA – Perkara utama yang WAJIB anda lakukan adalah menggunakan produk-produk PLM setelah anda bersetuju menyertai kami melalui PAKEJ RAWATAN ASAS yang disertai. Kenapa perlu anda guna produk?,sebabnya adalah untuk anda mengenali,merasai produk dan seterusnya memperolehi keberkesanan/ khasiat terhadap produk yang digunakan. Setelah anda melakukan perkara yang pertama ini,ianya akan menjadi mudah untuk anda bercerita atau berkongsi kebaikan produk kepada rakan-rakan anda. 


STEP 2- MENJUAL – 90% anda akan BERJAYA untuk mengerakkan atau menjual produk setelah prospek berkeyakinan di atas penerangan yang anda beri setelah perkara pertama iaitu MENGGUNA ini dilakukan kerana ‘TRANSFER FEELING’ telah berlaku.Dalam konsep MENJUAL, ada 2 pilihan untuk pembeli mendapatkan produk samada membeli sebotol/sekotak secara terus atau membeli secara ‘LOOSE’(peringkat percubaan). Produk-produk PLM boleh dijual secara kecil-kecilan. Kerana kita percaya di peringkat permulaan setiap pengguna ingin mencuba dahulu. Kita syorkan pembeli mengguna 10 biji,20 biji dalam tempoh 5 ke 10 hari. Insyallah dalam tempoh ini pengguna akan mendapat kesan dan akan menghubungi anda semula untuk menggunakan produk ini berterusan. Setelah anda mempunyai pengguna atau pembeli sendiri, anda perlu mempunyai buku rekod pengguna bagi merekodkan butiran pengguna untuk jualan seterusnya samada anda menjadikan ianya sebagai pengguna setia anda ataupun rakan niaga PLM.  Di dalam buku tersebut mestilah mengandungi Nama Prospek, Produk-produk Diambil,Tarikh Mula Ambil Produk,No HP dan Kesan/Tindak Balas yang berlaku.


STEP 3- MENAJA . Setelah anda BERJAYA memperkenalkan produk kepada prospek atau pengguna  anda perlu memberi cadangan kepada rakan anda itu samada ia ingin menjadi pengguna biasa atau usahawan. Sekiranya ia memilih untuk menjadi USAHAWAN  anda syorkan untuk PENDAFTARAN KEAHLIAN PAKEJ A dan tindakan seterusnya anda perlu mengisi maklumat-maklumat peribadi di borang keahlian yang disediakan oleh PLM. Setelah borang keahlian diisi anda sebagai PENAJA hendaklah menghantar borang tersebut ke Stokis Utama Stokis Mobile untuk didaftarkan sebagai AHLI PLM.  


STEP 4 - MEMBERI PERKHIDMATAN-Step seterusnya adalah ‘SERVIS’ atau memberi perkhidmatan kepada rakan niaga yang telah menyertai PLM.Anda perlu bertanggungjawan:


-   Membimbing serta menerangkan berkaitan profil syarikat, produk,plan  pemasaran,

-   Melatih melakukan demo produk

-  Menghubungi rakan niaga anda untuk memberi bantuan yang perlu diberi khususnya berkaitan PLM

-   Sentiasa memberi semangat agar rakan niaga anda bermotivasi tinggi untuk bergerak bersama-sama anda

- Memberi maklumat/info semasa samada dari syarikat ataupun  kumpulan kepada semua rakan niaga anda samada perjumpaan kumpulan,perjumpaan mingguan,seminar dan apa jua program PLM yang dianjurkan.


STEP 5-MESYUARAT (PERJUMPAAN RAKANIAGA)- Semua rakan niaga yang bergelar usahawan perlu menghadirkan diri bagi mengikuti majlis ilmu,kerana dengan perjumpaan-perjumpaan ini ianya dapat berkonsgsi pengetahuan dan pengalaman di antara rakan-rakan niaga yang lain.Kebiasaannya perjumpaan akan diadakan seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada perancangan aktiviti dari pemimpin-pemimpin. Di dalam perjumpaan mingguan ini ianya lebih memberi pendedahan kepada perkongsian produk dan plan pemasaran secara asas. Untuk mengikuti lebih mendalam berkaitan PLM, Seminar Usahawan Asas  bagi semua rakan-rakan niaga akan diadakan sebulan sekali di mana jangkamasa seminar adalah 1 hari. Ianya akan dikendalikan oleh Syarikat ataupun Stokis. Akhir Kalam TERUS BERTINDAK..Perjalanan Beribu Langkah dimulakan dengan langkah pertama

No comments:

Post a Comment