PENGASAS PLM

Perutusan Dari Penasihat PLM

ustazPenemuan Penawar Lagenda adalah hasil kajian daripada Lagenda Organic Biotech Sdn. Bhd. berserta beberapa orang profesor dari Timur dan Barat (Tanah Arab) berpandukan fakta-fakta sejarah perubatan dan kisah kehidupan para rasul dan nabi serta umatnya pada awal masa dunia hinggalah sejarah kehidupan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W yang telah disempurnakan oleh Allah Taala dari segi agamanya, kehidupan yang sempurna dari semua aspek terutamanya kesihatan rohani dan jasmani.

Hari ini masyarakat dunia berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan dan mereka sedang tercari-cari satu kaedah perubatan alternatif yang bersifat nature serta dapat mengekalkan tahap kesihatan yang berterusan di sepanjang usia kehidupan. Sebagaimana diketahui umum, punca masalah kesihatan umat hari ini adalah berpunca daripada perubahan gaya hidup, pemakanan dan minuman yang bukan bersifat keaslian. Semuanya mengandungi dengan bahan pewarna, ubat tahan, serta berbagai-bagai bahan-bahan kimia yang mengakibatkan sistem ketahanan badan manusia bertambah lemah dan implikasinya mudah diserang pelbagai penyakit kronik tanpa mengira usia muda atau pun tua, seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout, sendi saraf, lumpuh atau strok, kanser, dan berbagai-bagai lagi masalah kesihatan global yang memeningkan kepala pengkaji perubatan dan masyarakat dunia.

Oleh itu, Penawar Lagenda Marketing mengambil inisiatif dengan penemuan baru Penawar Lagenda yang terdiri daripada Callum, Callum Plus, Biozing, Bioscan dan Air Penawar Alkaline, yang telah dijalankan ujian secara klinikal di Universiti Cairo Mesir terhadap mereka yang bermasalah radang sendi, radang usus, radang paru-paru, radang kulit dan berbagai-bagai masalah kesihatan lain. Hasil kajian didapati dengan mencuba set Penawar Lagenda selama 3 hari sedah ada kesan yang baik terhadap pesakit apatah lagi diuji selama 3 bulan atau 90 hari didapati kesan yang positif yang terbaik terhadap pesakit. Penawar Lagenda ini disyorkan kepada masyarakat dunia supaya diamalkan secara harian sebagai makanan tambahan (supplement) untuk mengawal kesihatan atau mencegah daripada penyakit.

Saya selaku lembaga penasihat PLM telah mengamalkan secara peribadi melebihi 3 tahun sejak akhir 2009 sehingga sekarang 2012. Kesemua keluaga saya di seluruh Malaysia telah mengamalkannya dan tahap kesihatan kami amat memuaskan hati, serta bebas daripada lenguh-lenguh, sendi saraf, dan gout. Terdapat di kalangan keluarga saya yang mengalami penyakit asma lebih dari 50 tahun yang bergantung dengan ubat-ubatan hospital, kemudian telah mengamalkan produk PLM dan telah bebas daripada penyakit tersebut. Selain itu, ada juga yang mengalami penyakit lumpuh telah pulih dengan mengamalkan Penawar Lagenda dan dapat bangun dan berjalan kembali. Manakala golongan yang lemah dan lumpuh seperti warga emas boleh bertenaga kembali. Berpandukan kepada pengamalan diri dan keluarga, saya mempunyai keyakinan penuh bahawa PLM adalah satu pemakanan kesihatan atau perubatan alternatif yang terbaik yang setakat ini ditemui.

Dengan pengalaman yang lebih 3 tahun ini saya amat kagum dengan PLM yang memberi kesan yang baik kepada diri sendiri dan juga keluarga saya. Selain itu, PLM juga mendapat testimoni daripada kawan-kawan dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Saya amat berkeyakinan bahawa produk  PLM dapat dipasarkan secara meluas kepada masyarakat umum. Apa yang menggembirakan saya adalah pelanggan-pelanggan akan menghubungi saya hampir setiap hari setelah mereka mencuba beberapa produk ini.

Bermula 1 September 2012 pihak Penawar Lagenda Marketing telah membuat keputusan untuk memasarkan PLM ini secara meluas melalui sistem jualan langsung atau networking bersama gabungan dengan pemimpin-pemimpin hebat yang berada di seluruh negara, supaya produk yang hebat ini dapat disampaikan kepada  semua masyarakat supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan. Disamping itu juga PLM memerlukan sokongan anda dan bermula dengan anda akan mengembangkan rangkaian ke seluruh dunia  khususnya di Malaysia kita mulakan. Ini akan menghasilkan pendapatan sekaligus menikmati tahap kesihatan, peluang perubahan dalam kehidupan, dengan pencapaian matmalat hidup, memiliki rumah idaman, kereta impian, suami isteri kesayangan dan peluang melancong ke seluruh dunia serta peluang memiliki kekayaan hidup di dunia dan akhirat.

Ini bukanlah satu kemustahilan di PLM jika anda mahu, anda perlulah mengamalkan konsep 5M PASTI DAN INSYAALLAH anda akan berjaya, tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri anda kecuali diri anda sendiri, anda yakin dan doa, anda pasti berjaya dengan produk yang terbaik, pelan pemasaran yang yang canggih, unik, adil, pengurusan yang cekap, PLM dan anda pasti berjaya dan menjadi kebanggaan ummah. Sesuai dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Orang memiliki kesihatan yang baik seperti memiliki segala kekayaan”
Sekian Terima Kasih,

“KESIHATAN DAN KEJAYAAN ANDA, MATLAMAT KAMI”
Ustaz Hj. Mohamad BinYusoff
Penasihat PLM 

1 September 2012 Bersamaan 14 Syawal 1433H

No comments:

Post a Comment