PENERAJU BLOG



            Dengan Kalimah Bismilahiramanirahim     
  
Asalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,Salam Ukhuwah kepada semua rakan-rakan niaga PLM serta pengunjung blog ini.

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi di ataslimpah serta keizinannya saya dapat menulis sesuatu untuk dikongsikan bersama di blog ini.Setinggi –tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Ustaz Mohamad bin Yusof selaku Pengasas dan Penasihat PLM kerana telah menyediakan satu takungan wadah perjuangan melalui Penawar Lagenda Marketing. Ucapan terimakasih juga kepada Rakaniaga iaitu saudara Mohamad Sahrel Hafizi anak muda yang sangat gigih untuk  turut membantu bagi menjayakan KAl-UKHUWAH NETWORKING.

Rakan-rakan semua KAL-UKHUWAH NETWORKING atau singkatan Kumpulan Anak Lagenda ditubuhkan pada 1 Jun 2013. Idea untuk menubuhkan networking ini bertujuan untuk menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti kumpulan tidak mengenepikan laman web syarikat serta peraturan-peraturan syarikat. Dengan Motto Merentasi legasi Kecemerlangan Bangsa, KAL-UKHUWAH mempunyai


VISI –‘MEMBERI MANAFAT KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT ‘

MISI – ‘ADALAH UNTUK MELAHIRKAN SEBERAPA RAMAI USAHAWAN-USAHAWAN  BERJAYA DARI SEGI EKONOMI’


     Sejajar dengan Visi dan Misi ianya tidak dapat dicapai tanpa sokongan dari semua pihak samada syarikat mahupun usahawan-usahawan itu sendiri. Semoga dengan adanya blog ini ianya dapat dijadikan medium berinteraksi sesama rakaniaga dan pembaca-pembaca blog ini.

Akhir kata saya mewakili KAL-UKHUWAH  ingin mengucapakan TAHNIAH kepada semua rakaniaga khsususnya di Nilai , Seremban dan Klang/Shah Alam kerana telah berada di landasan yang betul bersama-sama PLM. Insyallah kami di sini akan sentiasa mendoakan kejayaan anda di dunia dan akhirat.Amin



KAPT(B)AZMI MD DAN

Peneraju BLOG kalukhuwah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment